Hobi adalah sesuatu perkara yang kita lakukan pada
masa lapang. Sama seperti orang lain, saya mempunyai hobi yang saya minati. Bila
berbicara tentang hobi, ia sebenarnya mempunyai kaitan dengan kerjaya impian saya,
saya bercita-cita untuk menjadi seorang wartawan atau penulis bebas yang
mempunyai ruangan sendiri di dalam mana-mana akhbar suatu hari nanti,
insyallah. Pada saya menulis, memberikan ketenangan kepada saya, saya menulis
sejak berusia 10 tahun lagi. Pada saya ia memberikan saya peluang untuk
meluahkan segala apa yang saya rasakan dan juga pandangan saya. Pada mulanya
saya menulis hanya untuk melayan perasaan saya yang kadang-kala sedih. Ternyata
ia dapat menenangkan saya, saya luahkan segalanya dengan sebatang pena dan
sehelai kertas putih. Ramai yang mengatakan, seseorang yang gemar menulis
adalah seseorang yang suka berangan, ya saya akui saya suka berangan tetapi
tidaklah angankan yang bukan-bukan
seperti kahwin anak raja atau menjadi jutawan segera. Saya lebih sukakan mengangankan
kejayaan dan impian saya mahu kecapi seperti berjaya dalam pelajaran, berjaya
menjadi anak yang baik yang dapat membalas jasa dan pengorbanan ibubapa saya,
dapat memberikan kemewahan dan kesenangan pada mereka dan lebih penting adalah
berangankan menjadi seorang hamba yang taat pada suruhan-Nya. Banyak faedah
dari menulis ini, dengan meulis seseorang harus mempunyai pengetahuan yang luas
lebih-lebih lagi pengetahuan tentang bidang yang ingin ditulis. Seorang penulis
yang baik harus banyak membaca tidak kira bahan bacaan itu ilmiah atau tidak,
agar dapat mengeluarkan atau menulis dengan idea-idea yang bernas dan baru.
Saya tidak gemar menulis novel, pada saya novel memerlukan saya untuk
membayangkan kehidupan orang lain dan mencipta sesuatu yang bukan diri saya,
novel juga panjang dan memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya. Bagi diri
saya saya sukakan penulisan berbentuk pemikiran seperti artikel, rencana, ruangan
pandangan dan kritikan dan banyak lagi. Saya mahu hasilkan penulisan yang boleh
mengubah cara pemikiran orang dan dapat menyentuh perasaan orang lain. Dari
penulisan yang saya hasilkan, saya mahukan masyarakat membuka mata dan berfikir
untuk kebaikan bersama. Saya tidak gemarkan penulisan yang tiada tujuan ada
tiada intipati yang boleh menjadi pengajaran dan diteladani oleh masyarakat
agar dapat membangunkan ummah. Dengan menulis juga kita boleh berkongsi ilmu
dengan orang ramai, berkongsi dan menyampaikan ilmu
adalah satu amal ibadah dan sebagaimana semua amalan lain, ia hendaklah
dimulai dengan niat yang ikhlas kerana Allah semata-mata. Jangan menulis untuk
meraih kemasyhuran, kekayaan atau apa-apa tujuan duniawi yang lain. Jika anda
menulis ikhlas kerana Allah, Allah akan membantu penulisan anda. Jika anda
menulis kerana sebab selain Allah, maka Allah akan membiarkan anda. Minat untuk
menulis juga datang dari keluarga saya sendiri, seluruh ahili keluarga saya
sendiri sangat suka menulis. Dari Ayah saya, emak, kakak-kakak, abang-abang dan
saya yang bongsu, semuanya minat untuk menulis. Ibu bapa saya mengalakkan kami
untuk menulis sejak kami kecil lagi, buktinya kami dihantar ke bengkel
penulisan untuk membaiki mutu penulisan kami. Dr Faisal Tehrani, seorang
penulis novel dan pemenang anugerah penulis terbaik oleh Sasterawan Negara juga
adalah sumber inspirasi saya untuk menulis.setiap penulisan yang dihasilkan
memberikan ilmu yang berharga buat para pembaca. Penjelasan pada sesuatu yang
diceritakan olehnya melalui penulisan cukup terperinci membuatkan saya tidak
bosan untuk membaca. Pemikirannya yang sangat kehadapan dan tidak melanggar
hukum syarak membuatkan saya berazam untuk menjadi seorang penulis hebat
sepertinya satu hari nanti Insyallah.
Antara koleksi karya Dr Faisal Tehrani
Advencer si peniup Ney
Tiga kali seminggu
Ketupat cinta
Bedar Sukma Bisu
Manikam kalbu