Friday 13 April 2012

TEKNOLOGI KOMUNIKASI


Definasi
Teknologi komunikasi adalah aplikasi, menggunakan teknologi seperti komputer,software dan beberapa alat elektronik yang lain untuk menjadikan komunikasi lebih efektif dan berkesan lebih baik dari pada cara lama. Komputer adalah mesin yang boleh diprogramkan untuk melaksanakan kerja-kerja yang kompleks dengan cepat tepat dan boleh dipercayai, ianya juga boleh menyimpan dan mendapatkan semula data yang berkapasiti besar. Software adalah arahan-arahan  yang logik dilaksanakan oleh komputer biasanya disimpan dalam cakera magnetik atau apa-apa peralatan elektronik contohnya seperti perintang. Menurut Rogers (1986) teknologi komunikasi sebagai alat perkakasan, struktur organisasi dan nilai-nilai sosial yang dialami oleh individu semasa mengumpul, memproses dan bertukar-tukar informasi dengan individu yang lain. Teknologi komunikasi telah menjana aliran maklumat dan melahirkan era informasi yang mampu mengintegrasikan pelbagai elemen teknologi seperti telefon, komputer, telefon bimbit, satelit dan pelbagai alat komunikasi, teknologi komunikasi massa dan telekomunikasi.

Terdapat ciri-ciri utama komunikasi:
  • Khalayak
  • masa
  • paparan & penyebaran 
  • jarak
  • penyimpanan
Teknologi komunikasi berperanan penting dalam beberapa aspek antaranya seperti berikut:
  1. Pendidikan- sebagai bahan pengajaran, memudahkan penyelidikan dijalankan, pembelajaran lebih menarik dan sebagainya
  2. Ekonomi- dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan mengubah cara kegiatan ekonomi dijalankan, ia juga dapat meningkatkan hasil pendapatan negara.
  3. Merapatkan jurang digital- lebih senang untuk mendapatkan maklumat.
  4. Pembangunan sosial- dapat berkomunikasi walaupun dari jarak yang jauh, kenalan secara meluas
  5. Ketenteraan- memantau keadaan keselamatan negara.
  6. Penyiaran- terciptanya teknologi digital dimana, segala informasi dan hiburan dapat dinikmati dimana-mana sahaja.
  7. Pencetakan dan penerbitan- lebih cepat dan mengurangkan kos 
  8. Peningkatan gaya hidup dan penglibatan masyarakat dalam elektronik.

No comments:

Post a Comment