Friday, 13 April 2012

HOBI SAYA : Menulis memberikan ketenangan


Hobi adalah sesuatu perkara yang kita lakukan pada masa lapang. Sama seperti orang lain, saya mempunyai hobi yang saya minati. Bila berbicara tentang hobi, ia sebenarnya  mempunyai kaitan dengan kerjaya impian saya, saya bercita-cita untuk menjadi seorang wartawan atau penulis bebas yang mempunyai ruangan sendiri di dalam mana-mana akhbar suatu hari nanti, insyallah. Pada saya menulis, memberikan ketenangan kepada saya, saya menulis sejak berusia 10 tahun lagi. Pada saya ia memberikan saya peluang untuk meluahkan segala apa yang saya rasakan dan juga pandangan saya. Pada mulanya saya menulis hanya untuk melayan perasaan saya yang kadang-kala sedih. Ternyata ia dapat menenangkan saya, saya luahkan segalanya dengan sebatang pena dan sehelai kertas putih. Ramai yang mengatakan, seseorang yang gemar menulis adalah seseorang yang suka berangan, ya saya akui saya suka berangan tetapi tidaklah angankan yang  bukan-bukan seperti kahwin anak raja atau menjadi jutawan segera. Saya lebih sukakan mengangankan kejayaan dan impian saya mahu kecapi seperti berjaya dalam pelajaran, berjaya menjadi anak yang baik yang dapat membalas jasa dan pengorbanan ibubapa saya, dapat memberikan kemewahan dan kesenangan pada mereka dan lebih penting adalah berangankan menjadi seorang hamba yang taat pada suruhan-Nya. Banyak faedah dari menulis ini, dengan meulis seseorang harus mempunyai pengetahuan yang luas lebih-lebih lagi pengetahuan tentang bidang yang ingin ditulis. Seorang penulis yang baik harus banyak membaca tidak kira bahan bacaan itu ilmiah atau tidak, agar dapat mengeluarkan atau menulis dengan idea-idea yang bernas dan baru. Saya tidak gemar menulis novel, pada saya novel memerlukan saya untuk membayangkan kehidupan orang lain dan mencipta sesuatu yang bukan diri saya, novel juga panjang dan memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya. Bagi diri saya saya sukakan penulisan berbentuk pemikiran seperti artikel, rencana, ruangan pandangan dan kritikan dan banyak lagi. Saya mahu hasilkan penulisan yang boleh mengubah cara pemikiran orang dan dapat menyentuh perasaan orang lain. Dari penulisan yang saya hasilkan, saya mahukan masyarakat membuka mata dan berfikir untuk kebaikan bersama. Saya tidak gemarkan penulisan yang tiada tujuan ada tiada intipati yang boleh menjadi pengajaran dan diteladani oleh masyarakat agar dapat membangunkan ummah. Dengan menulis juga kita boleh berkongsi ilmu dengan orang ramai, berkongsi dan menyampaikan ilmu  adalah satu amal ibadah dan sebagaimana semua amalan lain, ia hendaklah dimulai dengan niat yang ikhlas kerana Allah semata-mata. Jangan menulis untuk meraih kemasyhuran, kekayaan atau apa-apa tujuan duniawi yang lain. Jika anda menulis ikhlas kerana Allah, Allah akan membantu penulisan anda. Jika anda menulis kerana sebab selain Allah, maka Allah akan membiarkan anda. Minat untuk menulis juga datang dari keluarga saya sendiri, seluruh ahili keluarga saya sendiri sangat suka menulis. Dari Ayah saya, emak, kakak-kakak, abang-abang dan saya yang bongsu, semuanya minat untuk menulis. Ibu bapa saya mengalakkan kami untuk menulis sejak kami kecil lagi, buktinya kami  dihantar ke bengkel penulisan untuk membaiki mutu penulisan kami. Dr Faisal Tehrani, seorang penulis novel dan pemenang anugerah penulis terbaik oleh Sasterawan Negara juga adalah sumber inspirasi saya untuk menulis.setiap penulisan yang dihasilkan memberikan ilmu yang berharga buat para pembaca. Penjelasan pada sesuatu yang diceritakan olehnya melalui penulisan cukup terperinci membuatkan saya tidak bosan untuk membaca. Pemikirannya yang sangat kehadapan dan tidak melanggar hukum syarak membuatkan saya berazam untuk menjadi seorang penulis hebat sepertinya satu hari nanti Insyallah.  
Antara koleksi karya Dr Faisal Tehrani 
Advencer si peniup Ney

Tiga kali seminggu

Ketupat cinta

Bedar Sukma Bisu

Manikam kalbu

1515

Maaf dari Sorga

No comments:

Post a Comment