Friday, 13 April 2012

CONTOH KOMUNIKASI


Di dalam kehidupan manusia, komunikasi bukan hanya sekadar bercakap atau dalam bentuk penulisan yang dipanggil komunikasi lisan, untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Maklumat atau mesej juga boleh dicipta dan disalurkan melalui pergerakan badan dan simbol-simbol tertentu yang dikenali sebagai komunikasi bukan lisan. Sebenarnya komunikasi lisan dan bukan lisan adalah saling melengkapi bagi menyampaikan mesej samada mesej  tersurat atau tersirat. Kedua-duanya sama penting bagi menwujudkan komunikasi berkesan.
Komunikasi lisan
Menekankan aspek bahasa pengucapan, penulisan dan pertuturan dalam menyampaikan mesej, pendapat atau berkongsi makna bersama masyarakat. Kadang kala ia bersifat abstrak dan tidak jelas terutama dalam konteks budaya. Komunikasi lisan juga memberikan kesan secara langsung atau tidak langsung kepada penerima dan boleh jadi sengaja atau tidak sengaja. 

Komunikasi bukan lisan
Komunikasi bukan lisan adalah semua bentuk komunikasi yang bertujuan menyampaikan mesej atau maklumbalas tanpa menggunakan perkataan atau memperkukuhkan komunikasi lisan. Sebenanarnya komunikasi bukan lisan berlaku secara spontan dan dapat dilihat dalam nada suara, ekspresi wajah dan reaksi isyarat semasa dalam proses berkomunikasi secara bersemuka. Ia juga terhasil dari situasi yang ditafsir berdasarkan persepsi yang dibuat.
Terdapat beberapa isyarat bukan lisan:-

  •   kinesic -pergerakan badan dan mimik muka,
  •   senyap
  • Proxemics – jarak atau ruang
  • Penampilan fizikal
  • Chronemic- persepsi dan penggunaan masa.
  • Haptics- Sentuhan 
Contoh mimik muka


mimik muka takut
mimik muka sedih
mimik muka marah

No comments:

Post a Comment