Friday, 13 April 2012

TEKNOLOGI


Teknologi secara umumnya diketahui adalah sesuatu yang baru mengunakan alatan, mesin bahan untuk menyelesaikan masalah manusia. Ada juga mengatakan ia adalah pembangunan sesuatu yang baru untuk memudahkan manusia. Perkataan technology berasal dari perkataan Greek iaitu technología (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan"dan (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, dan  kajian" Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat.
Kebiasaanya teknologi selalunya berkait rapat dengan satu ciptaan atau rekaan (gadget) yang menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Tetapi rekaan lama yang berkonsepkan mesin atau peralatan masih dipanggil teknologi. Suatu teknologi yang dicipta mempunyai fungsinya tersendiri yang memudahkan kehidupan harian manusia. Ciptaan teknologi kebiasaanya sukar dijangka kerana mengikut tahap pengetahuan semasa. Teknologi akan sentiasa berubah, dan akan lebih produktiviti dari yang sebelumnya. teknologi boleh juga ditakrifkan sebagai aplikasi pengetahuan sains kerana suatu penciptaan memerlukan kajian dan penyelidikan. Teknologi selalu dikaitkan dengan suatu yang baru dan lebih baik, kerana dengan adanya teknologi, kesemua urusan harian dilakukan dengan senang dan menjimatkan masa. Kini para sainstis sedang berusaha untuk menghasilkan teknologi yang mesra alam ‘alamatologi’ seiring dengan kemajuan manusia.

No comments:

Post a Comment