Friday 13 April 2012

TEKNOLOGI KOMUNIKASI MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA BIDANG PENULISAN


  1. Menulis memerlukan seseorang itu mempunyai banyak ilmu pengetahuan, bagi mendapatkan ilmu seseorang itu haruslah membaca banyak bahan bacaan dari pelbagai bidang. Dengan menggunakan teknologi komunikasi seperti internet, ia memudahkan untuk mencari bahan baca samaada di dalam negara atau diluar negara.
  2. Internet juga memberikan kebebasan berkarya dimana para penulis boleh bertukar-tukar idea dan pandangan seperti di laman web forum.
  3. Kos penerbitan sesebuah buku atau sesebuah karya agak tinggi, dan hanya yang menarik dan menepati cita rasa penerbit sahaja boleh diterbitkan, dengan menggunakan teknologi komunikasi tidak perlu menunggu kelulusan mana-mana penerbit pun, kita dapat menerbitkan sendiri hasil karya kita.
  4. Malah kita boleh juga menjualnya sendiri secara online. Tidak memerlukan kos yang banyak dan hanya kos mencetak sahaja.
  5. Teknologi komunikasi juga dapat menarik ramai pembaca dengan aplikasi-aplikasi yang menarik, seperti visual yang boleh ubah mengikut cita rasa pembaca, dalam masa yang sama dapat mendengar muzik.
  6. Grafik yang menarik mengelakkan dari pembaca merasa kebosanan ini dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca.
  7. Lebih senang dan cepat berkongsi bahan penulisan, seperti menggunakan blog. Bahan penulisan dapat dibaca dengan segera, tidak memerlukan terbitan bercetak yang kebisaannya mengambil masa yang lama.
  8. Penulis dapat membaiki karya penulisan dengan adanya aplikasi komen. Para pembaca dapat memberi pandangan mereka tentang pnulisan tersebut. Seterusnya dapat mengeluarkan idea-idea yang lebih bernas dan mengikut citarasa dan pandangan pembaca.
  9. Dengan penggunaan teknologi komunikasi juga menjimatkan masa para pembaca untuk membeli di kedai, para pembaca dapat memberi secara atas talian dengan hanya membayar kos penghantaran yang minimum.
  10. Memupuk semula minat membaca dikalangan anak remaja kini, dengan kecanggihan teknologi komunikasi yang lebih menarik dan dapat digunakan dimana-mana sahaja.
kadang-kala membaca buku yang sama membosankan pembaca


No comments:

Post a Comment