Definisi
Umum
menganggap komunikasi adalah proses
interaksi dan perkongsian maklumat, idea, pandangan, makna secara bertulis,
simbol, bunyian atau pertuturan. Ia boleh disampaikan samaada secara non-verbal
atau verbal atau kedua-duanya. Komunikasi juga boleh disampaikan dengan dua
cara iaitu secara bersemuka atau menggunakan pengantar seperti media massa.
Komunikasi amat penting dalam kehidupan manusia dan memberikan sumbangan yang
besar terhadap pembangunan. Communication
beasal dari perkataan latin iaitu Communis yang bererti ‘sama’ yang bermaksud
membentuk satu “kesamaan” dengan orang lain dari segi pemikiran, kepercayaan,
nilai sosial dan banyak lagi. Menurut pandangan Dance (1970) terdapat 15 aspek
komunikasi yang berbeza. Antaranya meliputi pemahaman, interaksi, perubahan
sikap, niat, kuasa dan lain-lain. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai proses
pemahaman maksud yang disampaikan pengirim kepada penerima dengan kebaikan
bersama. Umumnya takrifan komunikasi bergantung kepada tujuan komunikasi,
persekitaran, sumber yang terlibat dan kesan komunikasi.
Tujuan komunikasi
Selain
bertujuan untuk berinteraksi dan bertukar-tukar maklumat, komunikasi juga
bertujuan untuk memupuk kesamaan
melalui perkongsian pemikiran, kepercayaan, nilai-nilai sosial Menyampaikan dan menyebarkan maklumat diperingkat individu, kumpulan dan organisasi. Ia juga bagi
menghasilkan idea yg mempunyai
tujuan untuk mengubah sesuatu dan juga
perkongsian makna untuk membentuk jalinan hubungan sesama masyarakat.
Kepentingan
komunikasi
Komunikasi amat penting dalam kehidupan manusia,
terdapat beberapa kepentingan komunikasi antaranya ialah kepentingan komunikasi
dalam kehidupan seharian. Manusia hidup saling bergantungan antara satu sama
lain tanpa komunikasi, kehidupan manusia akan terbatas dan hidup bersendirian.
Manusia menggunakan komunikasi untuk memudahkan urusan harian mereka, untuk
menyatakan hasrat, pandangan dan juga untuk menjalinkan hubungan dengan orang
lain khususnya dalam proses penyesuaian diri dengan persekitaran.
Komunikasi
juga penting dalam meningkatkan prestasi dalam kerjaya. Dengan berkomunikasi
para pekerja boleh berkongsi pendapat, bebas memberikan pandangan, dapat bertindak
balas dengan arahan yang diberikan. Pekerja juga dapat menjana idea-idea baru
dan membuat inivasi bagi meningkatkan mutu kerja seterusnya dapat meningkat
produktiviti organisasi. Komunikasi juga boleh membiasakan pekerja dengan
budaya berkerjasama dalam kumpulan bagi menjayakan matlamat organisasi mereka.
Komunikasi
juga melibatkan prinsip moral dimana manusia harus tahu yang mana boleh dan tidak
boleh. Ia mampu memberi memberi kesan pada manusia yang lain diperingkat dyad,
kumpulan dan komuniti serta negara. Ia membolehkan manusia mempunyai sikap
hormat menghormati antara satu sama lain dan mengetahui tanggungjawab yang
harus dipikul.
Masyarakat
di dunia mempunyai pelbagai suku kaum yang berbeza, dan sudah tentu budaya,
bahasa latar belakang, amanalan tahap pengetahuan juga berbeza. Kebiasaannya
jika terlalu banyak perbezaan, akan wujudlah perbalahan dan salah ertikan
pendapat, bagi mengelakkan ia berlaku dengan berkomunikasi dapat membantu
masyarakat dalam proses penyesuaian diri/fleksibel dalam kehidupan
bermasyarakat. Masyarakat akan lebih menitikberatkan
pengetahuan, sensitiviti terhadap latarbelakang budaya, bahasa, amalan hidup
dan sistem kepercayaan orang lain.
Sepertimana
kita ketahui komunikasi adalah penyampaian atau perkongsian maklumat. Dengan
menggunakan teknologi, ia memberikan kesan kepada cara komunikasi iaitu semakin
pantas dan bersifat virtual dan sudah tentu memberi kesan pada betuk jalinan
hubungan yang terjalin dengan erti kata lain perubahan teknologi membolehkan
orang berkomunikasi tanpa sempadan dan batasan. Fungsi komunikasi adalah
memberitahu, mendidik, menghibur, membujuk dan sebagai sosialisasi masyarakat.
Proses
komunikasi
Komunikasi akan wujud apabila terdapat interaksi
antara individu atau kumpulan, dan ia dipanggil proses komunikasi. Proses
komunikasi melibatkan lapan elemen penting, iaitu sumber, mesej, penerima,
saluran, gangguan, maklum balas, rangka rujuk dan konteks (pesekitaran).
Sumber
Sumber adalah punca proses komunikasi berlaku,
sumber adalah orang yang ingin menyampaikan maklumat, pandangan atau idea
kepada orang lain. Ia melibatkan aktiviti mengenkod dan mendekod bertujuan
untuk berkongsi dan menyebarkan serta menjalinkan hubungan untuk mengubah
sesuatu.
Penerima
Merupakan orang yang menerima, mentafsir dan
memberikan makna terhadap sesuatu mesej iaitu proses mendekod. Penerima
menerima mesej secara mendengar, melihat dan sebagainya.
Mesej
Maksud yang terkandung dalam simbol-simbol yang
digunakan dalam penyampaian. Ia Mengandungi maklumat serta perasaan yang ingin
dikongsi antara sumber dan penerima. Boleh dalam bentuk lisan dan bukan lisan.
Saluran
Merupakan alat perantara untuk menyalurkan mesej
dari sumber kepada penerima. Saluran amat penting bagi membantu keberkesanan
komunikasi, pemilihan saluran yang tepat memberi kesan pada keberkesanan
komunikasi. Terdapat 3 bentuk saluran iaitu media massa, bersemuka dan
komunikasi bukan lisan.
Gangguan
Gangguan adalah bentuk halangan dalam proses
komunikasi, gangguan berlaku apabila penenerima tidapat menerima maklumat/mesej
dengan tepat dan jelas dari sumber atau sebaliknya.
Maklum
balas
Reaksi spotan yang berlaku apabila menerima mesej
yang disampaikan oleh sumber. Boleh jadi melalui lisan atau bukan lisan. Mesej
yang diterima boleh jadi penerima menolak atau menerima.
Rangka
Rujuk
Pengalaman atau pengetahuan tentang perkara yang
dibincangkan dalam komunikasi, ia selalinya tidak memberi kesan jika sumber
atau penerima tidak mempunyai rangka rujuk yang sama.
Konteks
Adalah persekitaran berlakunya komunikasi, iaitu
suasana dan keadaan sekeliling. Mencakupi sama ada komunikasi formal atau tidak
formal dan akan mempengaruhi keadaan tertentu.